WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
12 September 2020 (Sabtu) | Limbang, Ziarah Kariah JAKIM Sarawak singgah lagi ke destinasi seterusnya di Kampung Bukit Luba, Limbang.
Kelainan program pada kali ini diadakan di Dewan Masyarakat Bukit Luba, Limbang. Komuniti berkumpul memeriahkan pengisian ceramah agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim bin Othman, Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Insan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).
Program Ziarah Kariah JAKIM Sarawak di Kampung Bukit Luba, Limbang turut dihadiri oleh YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak.
Pihak JAKIM Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang, JKK Kampung Bukit Luba, Jawatankuasa Pengurusan Surau serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas kerjasama mengadakan program pada kali ini.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Ziarah Kariah