WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
12 September 2020 (Sabtu) | Limbang, Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak 2020 berlabuh di Bahagian Limbang Utara Negeri Sarawak.
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Bahagian Limbang seterusnya ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Awang Abdul Rahim bin Awang Rosely, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang.
Majlis diteruskan dengan Amanat YBrs. Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak. Beliau memaklumkan agar sumbangan yang diterima ini menjadi pemangkin untuk sentiasa bersyukur ke hadrat Allah swt.
JAKIM Sarawak merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan strategik Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang, JKK Kampung Bukit Luba Limbang, JKP Surau Kampung Bukit Luba, HIKMAH, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bahagian Limbang, USK Limbang dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kerjasama padu yang telah diberikan bagi menjayakan program kali ini.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Program Prihatin