Telah diadakan sesi taklimat oleh En. Abdullah Sam bin Yusup, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sadong Jaya berkenaan situasi terkini mangsa banjir dan sesi penyerahan bakul sumbangan.
Turut hadir bersama YB Datuk Ir Aidel bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), N24. Sadong Jaya, YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak dan En. Mohd Syukri bin Satu, Baitulmal Bahagian Samarahan.
Melihat kepada situasi semasa banjir, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga dan memastikan anggota keluarga terutamanya dalam keadaan selamat. Bagi keluarga yang terjejas, diharap kekal tabah dalam menghadapi dugaan ini dan didoakan agar segala urusan dipermudahkan. Amin.